Tuesday, July 21, 2009

pergi..

Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu

hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari

kau pergi.. pergi..

sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia

Monday, July 20, 2009

pelek kan???

--<>-- kdg2 kite x sedar rasa cinta itu dtg..ia dtg dr 3 segi [pndpt aku ok!! korg trime ke x aku pduli ape :)]

--<>-- ia dtg dr pandangan...ia dtg dr pemikiran dan ia dtg dr hati...

-<>- bila ia dtg dr pandangan bg aku..ia sekadar singgah di hati utk buat seketika..

-<>- bila ia dtg dr pemikiran..ia sekadar melekat difikiran..yg akn membuatkn kita hnya berkhayal

-<>- dan bila ia dtg dr hati...kita x akan tau bila dan bagaimana ia dtg..dan ia akn membuatkn kita terasa suatu perasaan yg x boleh diolah dgn kata2..yg pasti...ia akan kekal sehingga ke akhir nya...
walaupun cinta itu tidak kesampaian ia pasti menetap di hati kita smpai bile2..

pelek x klu kita tetibe jatuh hati pd org yg pertama kali kita lihat..xpenah kenal..xpenah tau sape die..pelek x?? tp bg aku...ia sgt indah...sbb aku sdg alami nye....hahahaha (syok sndiri)...

Sunday, July 19, 2009

pada ketika apa anda sdg merasakan cinta???

--> wlaupun rmai org disisi anda, tapi perhatian anda hnya tertumpu padanya. Itu tandanya anda sudah jatuh cinta.

--> klu anda berasa sgt gembira hnya kerana sepotong SMS drp seseorg yg anda anggap istimewa, anda sdg tenggelam dlm alam percintaan.

--> anda berasa gelisah kalau tak dgr suaranya. Anda jadi malap tp segar-bugar, lapar menjadi kenyang, mengatuk menjadi terang, apa lagi kalau bkn cinta.

--> lucu sekali apabila anda rs syg nk buang apa juga pemberiannya, tiket bas, gula2..tiket2 wyg..
klu lipas gigit benda2 tu pn..anda tak rasa geli nk gigit lipas tu blk..anda sdg mabuk dlm cinta..

cinta untuk dinikmati bkn ditangisi..

bergembiralah menyambut kehadiran cinta tapi sebaik shj cinta itu menyebabkn hati anda gelisah serta tumpuan anda pd Tuhan dan pelajaran semakin menghilang..tinggalkan lah cinta itu dan binalah cinta yg baru...




cinta umpama dan bagaikan laila dan majnun sudah tidak wujud di muka bumi ini. Kesetiaan cinta bagaikan romeo dan juliet hanya sesuai untuk zmn dulu kala..zmn ini situasi nya berbeza..kerana kerana kita perlu bersaing tuk meletakkan diri kita setanding dgn para2 cendekiawan..kita perlu memiliki sijil @ ijazah tuk bersaing dgn org disekeliling kita..cinta harus memotivasikan kita..untuk mengejar kejayaan bukan nya menjahanamkn kita dgn perkara2 yg sumbang..

cinta harus menjdi sumber kecemerlangan diri..mmg betul ia tiket utk rasa disayangi ttp pada masa yg sama jgn smpai diheret perasaan untuk membnci diri sendiri...

cintailah seadanya...

Sunday, July 5, 2009

Apabila lelaki terlampau mencintai..

cinta lelaki mmg pelik dan aneh,ttp juga unik, Ia pelik krn hadir di jiwa seorg lelaki, yg sbelumnya keras, kasar dan kyrang romantis, aneh apabila dia sudah berlembut dan romantis mudah pula dia berasa sayu, pilu dan sensitif hanya dgn kata2 org yg dia cintai. Semua ini melambangkan keunikan lelaki yg sukar difahami ada kalanya lunak tp selalunya keras dang kurang simpati..

demikian lah lelaki yg tidak berupaya hidup tanpa wanita disisinya tetapi tatkala sudah memperolehinya jrg pula hndak menghargai spanjang usia..

wahai wanita elakkanlah diri anda dari menjadi mangsa lelaki2 spt ini. Fahami, kenali, pelajari dan selamilah lelaki yg anda temui itu agar anda tidak menjadi mngsa sekian kali.. Wahai lelaki, agar anda benar2 seorg lelaki, sbb anda seorg lelaki adalah yg disenangi pasangannya seorg wanita bernama kekasih mahupun sudah bergelar isteri...

Thursday, July 2, 2009

hati mu tuk siapa??

kepada siapa hatimu harus diberikan memerlukan satu jawapan jujur, tulus lahir dari lubuk jiwamu..

sama ada kita sudah mempunyai pasangan mahupun tidak..apakah hati msh milik kita @ kita tlah berikannya kpd insan yg lain..untuuk siapa hati mu jwblah dgn senada tnpa teragak-agak..

utk mencapai kecemerlangan kita memerlukan hati yg bulat..begitu utk bahagia..kita memerlukan hati yg satu..sama ada kita tlah berikan kpd seseorang @ kita simpan sendiri..

biar kepada siapa hati itu telah diberikan, pastikan pemberian itu ikhlas sebab pulangan nye serupa..jika anda memberikan hati separuh2..anda akan mendapat separuh, jika anda memberikan kesemuanya, anda akan mendapatkan kesemuanya semula..

cinta yg tulus mmg memerlukan pengorbanan..yg perlu dilakukan ialah memberikan hati..berikan lah keseluruhan hati anda pd org yg andai cintai..jgn simpan2 lg..tak yah reserve utk org lain nnti anda juga akn mndapt sebahgian hati nye jerk..

jujur balasan nyer nikmat, sebaliknye curang balasan nyer derita..sifir hidup ni mudah..baik balas nye baik..buruk balasnye buruk..jika anda main2 dgn hati and jugaa akn dipermainkan oleh hati..jujurlah pd hati kerna kebahagiaan kite terletak di disitu..hati yg tidak tenang bermula drp hati yg dicebis-cebiskan utk diberikan kpd ramai org..yg sebenarnya tidak berhak terhadapnyer..

hatimu tuk siapa sebenarnya satu pertanyaan yg perlu ditanya oleh setiap org trhadap dirinya sndiri..benarkah hati mu diberikan sepenuhnya kepada org yg berhak, atau berkecai dan kini berada di dalam diri ramai orang yg tidak sepatutnya menerima...

Hati ku untuk siapa????

Saturday, June 27, 2009

andainya anda tahu...

andainya wanita tahu, lelaki juga boleh menjadi begitu sensitif dan prihatin, tentu wanita boleh bersimpati pada sesetengah lelaki yg desperate untuk disayangi. Lelaki mmg kelihatan selamba, tapi hati lelaki mudah tersentuh oleh perlakuan wanita terhadapnya. Cumanya lelaki pandai menyembunyikan perasaan itu berbanding wanita yg selalunya mudah sekali menterjemahkannya dalam bentuk air mata

Jika seseorang lelaki mula hendak menyukai seseorang wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Pada pandangan lelaki, wanita yg sebenar-benarnya wanita ( budi bahasanya halus dan kesopanannya tinggi ) sudah cukup untuk menyatakan betapa dia begitu terpikat. Cuma kadang-kadang lelaki lebih suka mengambil kesempatan terhadap wanita daripada benar-benar berlaku jujur. Lelaki mmg berbangga jika dia berjaya menawan hati-hati wanita, tetapi dia tidak selalunya mahu kesemuanya. Mana-mana yg menang itu lah pilihan terakhirnya.

wahai insan..

wahai wanita jangan lah anda menjadi pemusnah hidup lelaki, sebab sekali lelaki runtuh, ia akan kehilangan segalanya..Dan demikian juga wahai lelaki jangalah anda menjadi pemusnah masa depan wanita sebab sekali wanita kehilangan mahkotanya selamalah dia tiada berharga...

cinta..

cinta tidak indah selepas berkahwin sebab manisnya sudah diambil sewaktu di alam percintaan...ada orang mengambil sikit-sikit...ada orang mengambil kesemuanya..Jadi, apabila manisnya sudah tiada, apalagi yang hendak dinikmati??

Wednesday, April 15, 2009

Cinta selalu dikaitkan dgn kecantikan, padahal antara cantik dgn rapi itu berbeza. Mempunyai susuk tubuh yang menarik satu keperluan tetapi bukan elemen wajib untuk menggapai kekaguman orang. Kerapian lebih diperlukan drpd kecantikan tubuh dan wajah. Ini bermakna bahawa cinta sebenar bukanlah pada sekujur wajah tapi keseluruhan anda...
Yakinilah, setiap orang adalah cantik. Ukuran cantik atau tidak sebagaimana yg kita faham adalah ukuran manusia. Ukuran ALLAH amat berbeza malah jauh sekali drpd ukuran yg kita buat.
Cinta pula lahir bersama lahirnya manusia.Ia satu perasaan yg sukar dimengerti.Anda tidak boleh lari dari cinta kerana semakin anda cuba menyendiri semakin ia datang menghampiri..
Kita selalu gagal merangsang diri sendiri dengan keyakinan yg padu, padahal hiduo itu sendiri menuntut kepaduan dari segala sudut...hati..perasaan...emosi...kemahuan...kehendak...cita-cita...azam...usaha..pemikiran dan segala macamnya lagi. Kesemua ini membawa pada kesepaduan cinta....

aku adalah aku

aku adalah aku
muka buku