Sunday, August 28, 2011

Salam Lebaran

Salam Syawal dan Salam Merdeka..
Pejam celik..pejam celik dah sebulan kita berpuasa..
walaupun saya tak dapat berpuasa penuh tahun ni..(setiap tahun pun tak penah penuh)..
bulan Ramadhan ni begitu bermakna buat saya kerana..hari lahir saya jatuh pada 28 Ramadhan bersamaan 28 Ogos..semoga Allah berikan saya kekuatan untuk menghadapi dugaan dan rintangan dari-Nya..Aminn...

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua kenalan-kenalan saya...

Monday, August 22, 2011

kamu...

bila aku degil..kamu tetap berlembut..
bila aku marah..kamu cool je...
bila aku menangis..huhu..kamu tak tau nak buat apa..
bila aku merajuk..kamu tak reti nak pujuk..
tapi..kamu tetap kamu..
kamu tetap...kamu yang aku kenal..

Sunday, August 21, 2011

agak lama...

agak lama aku tak update blog aku ni..
hai..raya semakin dekat...tapi..aku semakin sedih...
beban semakin berat...tanggungjawab semakin tinggi..
mampukah aku???

berikan aku kekuatan ya Allah..untuk aku menempuh dugaan dan tggungjawab yg Engkau berikan ini.....

Tuesday, August 16, 2011

sikit je...

erm..sikit je coretan aku untuk hari ini...
aku tersentak dan terus mengadap laptop untuk menterjemah isi hati ku kepada bentuk tulisan..
tersentak sebab?..tangisan kanak2..pukul 11 mlm skrg ni..tangisan itu buat aku menyelak langsir dan mengintai keluar..hai..mcm nak terkeluar anak tekak kanak2 tu menangis..kasihan...

perlukah tangisan begitu berterusan..seksa aku melihatnya....

p/s : kanak2 adalah permata dunia...

Sunday, August 14, 2011

Indahnya kalau...

Ya Allah Ya Tuhan Ku..sangat indah perasaan aku disaat dan ketika ini...Alhamdulilah...

Selesai menunaikan solat subuh pagi ni membuatkan hati ku ini begitu tenang dan terpanggil untuk meggerakkan jari jemari aku untuk menekan-nekan papan kekunci ini untuk meluahkan kata-kata..

Perubahan...kita dituntut untuk berubah kalau ia mendatangkan kebaikan untuk diri kita..berubah ke arah yang lebih baik..aku mengharapkan nur yang aku cari selama ini akan aku temui sebelum aku dipanggil untuk menghadap-Nya..kadang2 kita ini sebagai manusia leka..bila kita senang kita mudah lupa untuk bermunajat kepada-Nya..tapi..bila kita mula merasakan sesak..kita pandai untuk mencari kain sejadah, sujud untuk memohon pertolongannya..

Ketenangan...alhamdulilah..aku lebih tenang skrg...

Si dia..aku mengharapkan dia membaca coretan aku ini..agar dia tahu apa yang aku mahukan..aku ingin berubah..dan aku juga ingin dia berubah..biarlah perubahan itu datang dari hati yang paling kecil kita..aku mahu dia lengkapkan diri nya sebagai seorang lelaki dan hamba kepada Allah..

Dia..
Jadilah kamu teman yang setia disisi aku...
dan jadilah kamu teman yang paling setia disisi Allah..
Jadilah kamu sebagai seorang lelaki dan hamba Allah..
sebelum kamu menjadikan aku milik kamu...

Cinta..cinta aku bukan kerana nafsu..cinta aku bukan kerana harta..cinta aku bukan kerana rupa..
tetapi cinta aku adalah pada kamu yang mampu untuk membimbing aku dan menjaga aku kerana Allah..

Niat..kalau niat itu ada aku pasti..Allah akan berikan kita jalan dan petunjuk..

p/s : Subuh pagi ini..buatkan aku untuk muhasabah diri sebentar...

Tuesday, August 9, 2011

Adik...

huhu..tetiba nak buat post yg special utk sorg budak yang tak berapa nak budak..dah meningkat dewasa tapi masih tetap comel seperti dulu..
(akak die lagi comel la yer..)..

post ni spesel tuk budak ni.. Siela

pertama...apa nak cakap erk hehehe..ok..
kitorang dah kenal since aku form 5 & die form 4..
aku tau dah masa zmn sekolah dulu aku glamor..itu yg die nak jadi adik angkat aku tu...
huhuu..deq...relax2..jgn marah..bulan pose ni..
apa yg penting..kitorang ade rasa yg sama..
even aku marah macam mana sekalipun pada die..kecik hati ke..merajuk ke...
mesti tak leh nak lama2..

yeah..aku penyayang org nye..caring..korang tak caye tanya Siela..
(deq bg kenyataan biar yang benar ye)..
xsemua org leh thn dgr aku membebel..tapi die..boleh la..die tak nak dgr aku tetap nak membebel kat die jgk..

aku senang..happy bila tgk dia bahagia skrg..aku sakit..geram bila tgk die menderita dulu...
dan sebab aku pernah rasa geram yang melampau pada die..wujud lah post ni special-for-u..yang mana aku suka baca berulang2 kali...(aku tak pernah bagitau die..first time ni hihihi)..

apa2 pun aku doakan die bahagia bersama dgn org yg tersayang..yg sibuk berniaga bersama2 die kat bazar ramadhan...
(deq sorry tak sempat lagi nak singgah bazar..)

semoga die sentiasa tersenyum..senyum..dan terus tersenyum...
sayang kamoo selalu....



p/s : promote la skit bunting yg akak buat tu huhuhu...

kata...

" adanya malam untuk kita tidur setelah siangnya penat bekerja "


p/s : org yg keje mlm mcm mana pulak ye..

Monday, August 8, 2011

Sunday, August 7, 2011

100 hari

Wahai Tuhan ku Tak Layak Ke Syurga Mu
Namun Tak Pula aku Sanggup Ke Neraka Mu

Ampunkan Dosa ku Terimalah Taubat Ku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun Dosa-dosa Besar

Ilaahi lastu lilfirdausi ahlan
walaa aqwaa 'alannaaril jahimi
fahabli taubatan waghfir dzunuubi
fa innaka ghoofiruddzambil 'adziimi


Dosa-dosaku Bagaikan Pepasir Di Pantai
Dengan Rahmat Mu Ampunkan Daku Oh Tuhan Ku

Wahai Tuhan Selamatkan Kami Ini
Dari Segala Kejahatan dan Kecelakaan

Kami Takut Kami Harap Kepada Mu
Suburkanlah Cinta Kami Kepada Mu

Akulah Hamba Yang Mengharap Belas Dari Mu


**p/s : tengok drama di TV 1...100 hari..cukup memberi kesan kepada aku...

Saturday, August 6, 2011

ujian tu..

ujian itu datang selalunya tak pernah kita duga..
ujian itu datang ketika kita mula lupa pada-Nya..
ujian itu datang kerana tuhan mengingatkan kita..
ujian itu datang kerana kita adalah manusia..
melalui ujian sahaja yang dapat kita tahu siapa diri kita yg sebenarnya...
diri yang sangat kerdil disisinya...

Ya Allah..ya tuhan...
Engkau berikan aku ujian berkali-kali...
Ujian yang berat bagi ku...
Jikalau aku terleka..mendekat diri kepada mu..
engkau buka dan lapangkan lah jiwa ku untuk mendekatimu..

Aku tahu kerana apa ujian ini engkau berikan..
Kerana diri ku sendiri..
aku terima dan aku redha dengan ketentuan mu..



**p/s : yang baik itu dtg nya dari Allah..yang buruk itu pula dtg nya dari dir kita yang bergelar manusia..

Thursday, August 4, 2011

makin kuat..

entah kenapa..bulan ramadhan kali ini buat aku semakin ingin berkata-kata..
hati ku..jiwa ku..seperti meronta-ronta ingin meluahkan sesuatu tetapi tidak tahu apa yg ingin dinyatakan..
apakah salah kiranya kita ingin berubah kepada suatu kebaikan daripada kejahatan??
apakah salah kiranya kita senantiasa mengingatkan orang lain walaupun diri kita sendiri kekurangan??

** apa juga yang ditempuh, moga-moga ia menambah kesedaran untuk memperkasakan iman..

...Ya Allah ya tuhan ku...masihkah ada ruang untuk ku disisimu.....

Wednesday, August 3, 2011

untuk sahabat ku

perit kan..
kalau mencintai seseorang tapi jodoh kita bukan dengan dia...
pada sahabat ku...
aku cukup memahami keadaan kamu disana...
cekalkan hati mu..kuatkan semangat mu...
kerna apa...
kerana itu semua untuk dirimu...
jangan pernah menjadi insan yg lemah..
terutama bila berdepan dengan msalah cinta...
kebahagiaan kita..ketenangan kita..semuanya bermula dari hati..
terima keadaan ni dengan penuh keredhaan kerana pasti satu hari nanti..
kebahagian akan menjadi milik kamu...

**p/s : wahai serikandi sekalian..jangan tumbang sebelum berjuang..

Tuesday, August 2, 2011

5minit..

aku ada 5minit je nak menekan keyboard ni..
untuk menaip kata-kata aku..
aku ada 5minit je sebelum nak tidur...
5 minit jerk untuk aku terangkan pada hati..
yang aku...terasa dalam kecintaan...
ada apa dengan 5 minit???

p/s : masa tak akan pernah tunggu kita ok..goooo...kejar masa tu...

Monday, August 1, 2011

xtau nak bagi tajuk apa

hati...
keras betul bila engkau merajuk..
hati..
sedih betul bila engkau tidak dihiraukan..
hati..
kenapa cepat engkau terasa..
hati..
engkau begitu halus pantang disentuh pasti ko terasa lantas ko terus terluka..
hati..
macam mana nak jaga engkau..tolong jelaskan wahai hati.....

aishiteru

sampai hati...
kau biarkan aku keseorangan membiarkan aku menunggu mu...
wahai hati...
mengapa engkau begitu tegar membiarkan hati ku terguris..
mengapa engkau begitu mudah membiarkan hati ku menangis..
kerana engkau hati..
seringkali berlaku ketidakseimbangan didalam diri..
dan..
disebabkan engkau hati..
aku terus menunggu walau hati mula menunjukkan tanda-tanda rajuk..

aku adalah aku

aku adalah aku
muka buku