Saturday, June 27, 2009

andainya anda tahu...

andainya wanita tahu, lelaki juga boleh menjadi begitu sensitif dan prihatin, tentu wanita boleh bersimpati pada sesetengah lelaki yg desperate untuk disayangi. Lelaki mmg kelihatan selamba, tapi hati lelaki mudah tersentuh oleh perlakuan wanita terhadapnya. Cumanya lelaki pandai menyembunyikan perasaan itu berbanding wanita yg selalunya mudah sekali menterjemahkannya dalam bentuk air mata

Jika seseorang lelaki mula hendak menyukai seseorang wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Pada pandangan lelaki, wanita yg sebenar-benarnya wanita ( budi bahasanya halus dan kesopanannya tinggi ) sudah cukup untuk menyatakan betapa dia begitu terpikat. Cuma kadang-kadang lelaki lebih suka mengambil kesempatan terhadap wanita daripada benar-benar berlaku jujur. Lelaki mmg berbangga jika dia berjaya menawan hati-hati wanita, tetapi dia tidak selalunya mahu kesemuanya. Mana-mana yg menang itu lah pilihan terakhirnya.

wahai insan..

wahai wanita jangan lah anda menjadi pemusnah hidup lelaki, sebab sekali lelaki runtuh, ia akan kehilangan segalanya..Dan demikian juga wahai lelaki jangalah anda menjadi pemusnah masa depan wanita sebab sekali wanita kehilangan mahkotanya selamalah dia tiada berharga...

cinta..

cinta tidak indah selepas berkahwin sebab manisnya sudah diambil sewaktu di alam percintaan...ada orang mengambil sikit-sikit...ada orang mengambil kesemuanya..Jadi, apabila manisnya sudah tiada, apalagi yang hendak dinikmati??

aku adalah aku

aku adalah aku
muka buku