Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Monday, July 27, 2009

Lupakan si dia

Artikel ini telah dipetik dari Forum Tentang Cinta.

Biasa la bila bercinta semuanya indah… Memang tak dapat lupakan si Dia. Makan ingatkan si Dia, tidur ingatkan si Dia, mandi ingatkan si Dia… Boleh kata dalam apa jua hal pun memang teringatkan si Dia la.

Tapi masalahnya bila dah putus cinta pun masih ingatkan si Dia. Susah nih… Jadi di sini ada sedikit tips kepada sesiapa yang ingin lupakan si Dia kamu.

Terima Hakikat
Pertama sekali and perlu menerima hakikat si-Dia anda bukan lagi milik anda. Anda perlu belajar untuk menerima kenyataan bahawa pertemuan akan berakhir dengan perpisahan dan perpisahan adalah permulaan kepada pertemuan.

Melarikan diri
Siapa kata melarikan diri tidak menyelesaikan masalah ? Memang melariakan diri tidak akan menyelesaikan masalah tetapi ia dapat mengurangkan tekanan anda. Cuba anda pergi ke satu tempat yang agar jauh dari tempat anda dan rehatkan minda anda. Tapi jangan la buat kerja gila dengan pergi ke tempat anda date dengan si-Dia anda.

Luahkan perasaan anda
Emmm luahkan perasaan anda kepada sahabat karib anda. Mungkin dia tidak banyak membantu tetapi sekurang-kurangnya dengan meluahkan perasaan anda akan dapat menghilangkan tekanan anda.

Anda pula dengar luahan mereka
Apabila anda mendengar luahan rakan anda sekurang-kurangnya anda tahu bahawa anda bukan seorang sahaja menerima nasib yang teruk .

Ingat dekat orang lain
Masih tak dapat lupakan si Dia? Urghhh susah nie. Macam nie la kalau masih teringatkan si Dia kenapa anda tak cuba ingat dekat orang lain… Ahli keluarga ke, artis ke, idola ke, tapi kalau boleh jangan cuba untuk teringatkan kawan sejantina anda… Bahaya tu karang jadi lain lak.

Buang jer hadiah tu
Bunga ke… Jam ke… Penanda buku ke… Novel ke… Anda buang sahaja hadiah tu… Mungkin ia seperti anda tidak menghargainya namun itulah yang terbaik. Atau anda pulangkan kembali hadiah itu kepada si Dia. Walaubagaimanapun jangan jual hadiah itu kerana anda seperti menghina pemberian si Dia. Dan satu lagi kalau si-Dia bagi anda hadiah seperti rantai emas berjumlah RM5000 saya rasa takyah laa buang hadiah tu. ;))

bagi mereka yg kecewa..

Seseorang yang “putus cinta” biasanya akan menghadapi tekanan emosi yang mendalam. Ada yang termenung dan terkenang si dia yang telah pergi. Ada pula yang menangis kesedihan di tengah malam sunyi.

Hati pasti tidak akan tenteram, ingatan silam pasti akan kembali, kesedihan atau kemarahan akan datang membayangi. Sesetengah orang mengambil masa bertahun-tahun untuk melupakan kisah cinta bersama si dia, ada pula mungkin sekadar sebulan dua. Masing-masing mempunyai jangka waktu “recover” yang berbeza mengikut kekuatan jiwa masing-masing.

Semua ini akan terus menghantui diri selagi hati masih tidak tenteram.

Terdapat satu penawar yang mujarab untuk mententeramkan hati. Firman Allah di dalam surah Ar-R’ad ayat 28, “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.”

Zikrullah bermaksud mengingati Allah. Membaca Al-Quran juga termasuk zikrullah kerana salah satu nama bagi Al-Quran adalah Adz-Zikr. Dengan membaca Al-Quran dan menghayati maksud-masud ayat, seseorang itu sedang berzikir kepada Allah.

Selain membaca Al-Quran, seseorang itu juga boleh mengucapkan tasbih, tahmid, tahlil atau takbir. Zikir-zikir ini lebih ringkas dan mudah dilakukan secara berterusan di kebanyakkan keadaan dan tempat, sama ada secara lisan atau di dalam hati. Namun menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar, zikir adalah lebih utama dilakukan dengan hati dan lisan, kedua-duanya sekali.

Jabir Bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah berkata, “zikir yang paling utama adalah lailahailallah (tiada tuhan selain Allah) dan sebaik-baik doa adalah mengucapkan alhamdulillah (segala pujian bagi Allah).”

[1] Menurut Imam Tirmizi hadith ini berstatus hassan gharib.

Menurut rekod Imam Bukhari, nabi telah menyatakan, “Ada dua kalimat yang paling disukai Yang Maha Pengasih. Sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat dalam timbangan. Kedua-dua kalimat itu adalah subhanallah wa bihamdihi dan subhanallah hil azim

[2] Kedua-dua kalimat ini membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’ Di dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca hamdi.jpg 100 kali sehari, maka semua doasanya diampunkan oleh Allah, meski pun sebanyak buih di lautan.[3]

Perbanyakkan zikir, mudah-mudahan hati menjadi tenteram, InsyaAllah.

Tuesday, July 21, 2009

kesungguhan cinta seorang lelaki...

-- kesungguhan dlm melakukan ssuatu buat kekasih tanpa sedikit pn terlihat keterpaksaan. Semuanya dilakukannya dgn rela, ceria dan penuh dgn bahagia.

-- Dia akan kerap menyatakan ketakutannya akan kehilangan anda.

-- Dia akan gelabah apabila berjauhan dgn anda. Dia akan kerap menelefon, menghantar SMS dgn kata2 yg bgitu puitis.

--Lelaki yg jujur dan cukup 'mabuk' dlm alam percintaanya pasti tidak akan melayan perempuan lain sewenang-wenangnya..

Sunday, July 19, 2009

pada ketika apa anda sdg merasakan cinta???

--> wlaupun rmai org disisi anda, tapi perhatian anda hnya tertumpu padanya. Itu tandanya anda sudah jatuh cinta.

--> klu anda berasa sgt gembira hnya kerana sepotong SMS drp seseorg yg anda anggap istimewa, anda sdg tenggelam dlm alam percintaan.

--> anda berasa gelisah kalau tak dgr suaranya. Anda jadi malap tp segar-bugar, lapar menjadi kenyang, mengatuk menjadi terang, apa lagi kalau bkn cinta.

--> lucu sekali apabila anda rs syg nk buang apa juga pemberiannya, tiket bas, gula2..tiket2 wyg..
klu lipas gigit benda2 tu pn..anda tak rasa geli nk gigit lipas tu blk..anda sdg mabuk dlm cinta..

cinta untuk dinikmati bkn ditangisi..

bergembiralah menyambut kehadiran cinta tapi sebaik shj cinta itu menyebabkn hati anda gelisah serta tumpuan anda pd Tuhan dan pelajaran semakin menghilang..tinggalkan lah cinta itu dan binalah cinta yg baru...




cinta umpama dan bagaikan laila dan majnun sudah tidak wujud di muka bumi ini. Kesetiaan cinta bagaikan romeo dan juliet hanya sesuai untuk zmn dulu kala..zmn ini situasi nya berbeza..kerana kerana kita perlu bersaing tuk meletakkan diri kita setanding dgn para2 cendekiawan..kita perlu memiliki sijil @ ijazah tuk bersaing dgn org disekeliling kita..cinta harus memotivasikan kita..untuk mengejar kejayaan bukan nya menjahanamkn kita dgn perkara2 yg sumbang..

cinta harus menjdi sumber kecemerlangan diri..mmg betul ia tiket utk rasa disayangi ttp pada masa yg sama jgn smpai diheret perasaan untuk membnci diri sendiri...

cintailah seadanya...

Sunday, July 5, 2009

Apabila lelaki terlampau mencintai..

cinta lelaki mmg pelik dan aneh,ttp juga unik, Ia pelik krn hadir di jiwa seorg lelaki, yg sbelumnya keras, kasar dan kyrang romantis, aneh apabila dia sudah berlembut dan romantis mudah pula dia berasa sayu, pilu dan sensitif hanya dgn kata2 org yg dia cintai. Semua ini melambangkan keunikan lelaki yg sukar difahami ada kalanya lunak tp selalunya keras dang kurang simpati..

demikian lah lelaki yg tidak berupaya hidup tanpa wanita disisinya tetapi tatkala sudah memperolehinya jrg pula hndak menghargai spanjang usia..

wahai wanita elakkanlah diri anda dari menjadi mangsa lelaki2 spt ini. Fahami, kenali, pelajari dan selamilah lelaki yg anda temui itu agar anda tidak menjadi mngsa sekian kali.. Wahai lelaki, agar anda benar2 seorg lelaki, sbb anda seorg lelaki adalah yg disenangi pasangannya seorg wanita bernama kekasih mahupun sudah bergelar isteri...

Thursday, July 2, 2009

hati mu tuk siapa??

kepada siapa hatimu harus diberikan memerlukan satu jawapan jujur, tulus lahir dari lubuk jiwamu..

sama ada kita sudah mempunyai pasangan mahupun tidak..apakah hati msh milik kita @ kita tlah berikannya kpd insan yg lain..untuuk siapa hati mu jwblah dgn senada tnpa teragak-agak..

utk mencapai kecemerlangan kita memerlukan hati yg bulat..begitu utk bahagia..kita memerlukan hati yg satu..sama ada kita tlah berikan kpd seseorang @ kita simpan sendiri..

biar kepada siapa hati itu telah diberikan, pastikan pemberian itu ikhlas sebab pulangan nye serupa..jika anda memberikan hati separuh2..anda akan mendapat separuh, jika anda memberikan kesemuanya, anda akan mendapatkan kesemuanya semula..

cinta yg tulus mmg memerlukan pengorbanan..yg perlu dilakukan ialah memberikan hati..berikan lah keseluruhan hati anda pd org yg andai cintai..jgn simpan2 lg..tak yah reserve utk org lain nnti anda juga akn mndapt sebahgian hati nye jerk..

jujur balasan nyer nikmat, sebaliknye curang balasan nyer derita..sifir hidup ni mudah..baik balas nye baik..buruk balasnye buruk..jika anda main2 dgn hati and jugaa akn dipermainkan oleh hati..jujurlah pd hati kerna kebahagiaan kite terletak di disitu..hati yg tidak tenang bermula drp hati yg dicebis-cebiskan utk diberikan kpd ramai org..yg sebenarnya tidak berhak terhadapnyer..

hatimu tuk siapa sebenarnya satu pertanyaan yg perlu ditanya oleh setiap org trhadap dirinya sndiri..benarkah hati mu diberikan sepenuhnya kepada org yg berhak, atau berkecai dan kini berada di dalam diri ramai orang yg tidak sepatutnya menerima...

Hati ku untuk siapa????

Saturday, June 27, 2009

andainya anda tahu...

andainya wanita tahu, lelaki juga boleh menjadi begitu sensitif dan prihatin, tentu wanita boleh bersimpati pada sesetengah lelaki yg desperate untuk disayangi. Lelaki mmg kelihatan selamba, tapi hati lelaki mudah tersentuh oleh perlakuan wanita terhadapnya. Cumanya lelaki pandai menyembunyikan perasaan itu berbanding wanita yg selalunya mudah sekali menterjemahkannya dalam bentuk air mata

Jika seseorang lelaki mula hendak menyukai seseorang wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Pada pandangan lelaki, wanita yg sebenar-benarnya wanita ( budi bahasanya halus dan kesopanannya tinggi ) sudah cukup untuk menyatakan betapa dia begitu terpikat. Cuma kadang-kadang lelaki lebih suka mengambil kesempatan terhadap wanita daripada benar-benar berlaku jujur. Lelaki mmg berbangga jika dia berjaya menawan hati-hati wanita, tetapi dia tidak selalunya mahu kesemuanya. Mana-mana yg menang itu lah pilihan terakhirnya.

Wednesday, April 15, 2009

Cinta selalu dikaitkan dgn kecantikan, padahal antara cantik dgn rapi itu berbeza. Mempunyai susuk tubuh yang menarik satu keperluan tetapi bukan elemen wajib untuk menggapai kekaguman orang. Kerapian lebih diperlukan drpd kecantikan tubuh dan wajah. Ini bermakna bahawa cinta sebenar bukanlah pada sekujur wajah tapi keseluruhan anda...
Yakinilah, setiap orang adalah cantik. Ukuran cantik atau tidak sebagaimana yg kita faham adalah ukuran manusia. Ukuran ALLAH amat berbeza malah jauh sekali drpd ukuran yg kita buat.
Cinta pula lahir bersama lahirnya manusia.Ia satu perasaan yg sukar dimengerti.Anda tidak boleh lari dari cinta kerana semakin anda cuba menyendiri semakin ia datang menghampiri..
Kita selalu gagal merangsang diri sendiri dengan keyakinan yg padu, padahal hiduo itu sendiri menuntut kepaduan dari segala sudut...hati..perasaan...emosi...kemahuan...kehendak...cita-cita...azam...usaha..pemikiran dan segala macamnya lagi. Kesemua ini membawa pada kesepaduan cinta....

aku adalah aku

aku adalah aku
muka buku