Sunday, August 14, 2011

Indahnya kalau...

Ya Allah Ya Tuhan Ku..sangat indah perasaan aku disaat dan ketika ini...Alhamdulilah...

Selesai menunaikan solat subuh pagi ni membuatkan hati ku ini begitu tenang dan terpanggil untuk meggerakkan jari jemari aku untuk menekan-nekan papan kekunci ini untuk meluahkan kata-kata..

Perubahan...kita dituntut untuk berubah kalau ia mendatangkan kebaikan untuk diri kita..berubah ke arah yang lebih baik..aku mengharapkan nur yang aku cari selama ini akan aku temui sebelum aku dipanggil untuk menghadap-Nya..kadang2 kita ini sebagai manusia leka..bila kita senang kita mudah lupa untuk bermunajat kepada-Nya..tapi..bila kita mula merasakan sesak..kita pandai untuk mencari kain sejadah, sujud untuk memohon pertolongannya..

Ketenangan...alhamdulilah..aku lebih tenang skrg...

Si dia..aku mengharapkan dia membaca coretan aku ini..agar dia tahu apa yang aku mahukan..aku ingin berubah..dan aku juga ingin dia berubah..biarlah perubahan itu datang dari hati yang paling kecil kita..aku mahu dia lengkapkan diri nya sebagai seorang lelaki dan hamba kepada Allah..

Dia..
Jadilah kamu teman yang setia disisi aku...
dan jadilah kamu teman yang paling setia disisi Allah..
Jadilah kamu sebagai seorang lelaki dan hamba Allah..
sebelum kamu menjadikan aku milik kamu...

Cinta..cinta aku bukan kerana nafsu..cinta aku bukan kerana harta..cinta aku bukan kerana rupa..
tetapi cinta aku adalah pada kamu yang mampu untuk membimbing aku dan menjaga aku kerana Allah..

Niat..kalau niat itu ada aku pasti..Allah akan berikan kita jalan dan petunjuk..

p/s : Subuh pagi ini..buatkan aku untuk muhasabah diri sebentar...

No comments:

aku adalah aku

aku adalah aku
muka buku