Wednesday, March 2, 2011

kata-kata

kita perlu terluka untuk mendapatkan cinta...
dia berikan ku kberanian untuk bercinta...sekali lagi....

Thursday, February 10, 2011

Selamat Kembali

Salam..menyepi itu bukan membisu tetapi hanya kerna ingin mencari ketenangan dan kedamaian..
Kini..sindora masih lagi dgn cinta nya..huhuhu..tapi cukup lah sekadar...tahu..sindora sdg dilamun cinta...huhuhu...bukan tidak mahu hebah..tapi cukup terkesan dari pengalaman yg lalu...jadi..diam2 aje udah..

Kembali kan cinta mu yg hilang....


~wahidah~

Saturday, June 26, 2010

kelmarin,hari ini,esok dan lusa....

semakin hari semakin jauh aku berlari dari mimpi indah ku..aku terus merendah mimpi yg sukar untuk aku nyatakan..itu ini kata hati ku..berat nya rasa..orang tak tau...tapi...ahhh pergi la ko rasa..peduli apa aku dengan ko..rasa yg selama ini aku jaga..akan aku hapuskan..(boleh ke???)..kita hidup kat dunia ini ada pencipta that's mean perjalanan hidup kita ini pun ada penulis nya..yg paling hebat tau..kerna DIA tau awal dan akhir sesebuah cite...yakin atau tidak itu la kekuatan sesebuah cite...cite hidup ku semakin menarik..sukar...adventure...huhuhu..
si DIA sedang menguji aku...sabar....

Sunday, February 7, 2010

Thursday, January 21, 2010

di depan mata..


benarkah cinta sejati itu ada di depan mata?????
ah..klu difikir2kan ianya mengarut..tapi klu mengarut takde lah penulis2 skrip nk buat cite2 kat drama tu kan..

lega rasa nya...bile kita dpt melepaskan satu beban yg selama ini aku tanggung..
dan skrg ini...aku bukan mengejar cinta sejati yg didepan mata tetapi aku mengejar peluang kehidupan di depan mata ku...

dan..."rasa" itu seperti mengerti diriku ini...biarkan "rasa" itu terus begitu..
kerna aku mahu.."rasa" itu fhm kehendak dan keinginan "rasa" yg satu lagi tu..
moga tidak wujud percanggahan dlm mengolahkan cerita dr 1 babak ke 1 babak...


Saturday, January 16, 2010

pergi dari ku...tolong la...


tolong la...jauhi diri ku...jgn kau dekati aku lagi..wahai "rasa" yg akan membuat aku separuh gila..sebelum kau mula meresapi keseluruh genap jiwa dan raga ku...pergi lah engkau dari diriku...jangan sampai aku tidak dapat mengawal apa yg aku "rasa" kan itu...kehadiran engkau buat aku menderita kerna aku tahu "rasa" itu tidak akan bawa aku ke mana2..ia akan kekal begitu..masih begitu...dan terus begitu...kehadiran "rasa" @ engkau terlalu banyak mengubah perjalanan hidup ku...kehadiran engkau buat aku buntu..buat aku bingung..buat aku runsing...


** rasa = engkau **

Ya Allah Jauhkan..


Ya Allah ya tuhanku..Engkau jauhkan rasa ini dari hati ku..kerna perasaan ini akan membuat ku lari dari hidup aku yg sebenar..lari dari orang2 yg aku syg...rasa ini akan banyak menghancurkan hati2 org disekeliling ku...apa cara yg harus aku lakukan..kenapa..kenapa...rasa ini wujud..aku buntu..aku bingung...tidak tahu bagaimana untuk aku meluahkannya..cinta pada diriku...aku semakin lama semakin mengerti erti syg kn diri sendiri...dan aku juga mengerti kita tidak semestinya dapat miliki orang yg kita syg...yg pasti..hanya satu yg kita dpt miliki...syg kn diri sendiri...kita pasti dpt miliki diri kita sendiri...

kadang2 kita memang perlu berkorban tuk kebahagiaan orang lain..kerna kita tahu yg kita menyayangi mereka..tetapi kita kena lihat pengorbanan yg bagaimana..dan mampu @ tidak untuk kita melaksanakan pengorbanan itu..x semua orang mampu lakukan pengorbanan...tidak semua!!!

Sunday, December 13, 2009

penantian itu satu penyeksaan..

penantian itu satu penyeksaan...itu yang sering orang perkatakan..benar@tidak???..
penantian itu adalah satu kesabaran..tetapi..sejauh mana kesabaran seseorang itu???
korang patut hargai pada insan yg sudi menanti dan menunggu korang...
kerana mereka lah yang akan setia dengan korang tuk selama-lamanya...

INGAT!!!! Penantian itu bukan satu perkara yang mudah untuk kita lakukan....

Tuesday, November 24, 2009

BELAJAR MENCINTAI..


Ketika kita bertemu orang yang tepat untuk dicintai,
Ketika kita berada di tempat pada saat yang tepat,
Itulah kesempatan.

Ketika kita bertemu dengan seseorang yang membuatmu tertarik,
Itu bukan pilihan, itu kesempatan.

Bertemu dalam suatu peristiwa bukanlah pilihan,
Itupun adalah kesempatan.

Bila kita memutuskan untuk mencintai orang tersebut,
Bahkan dengan segala kekurangannya,
Itu bukan kesempatan, itu adalah pilihan.

Ketika kita memilih bersama dengan seseorang
walaupun apapun yang terjadi, Itu adalah pilihan.

Bahkan ketika kita menyadari bahwa masih banyak orang lain Yang lebih menarik,
lebih pandai, lebih kaya daripada pasanganmu
Dan tetap memilih untuk mencintainya,
Itulah pilihan.

Perasaan cinta, simpatik, tertarik,
Datang bagai kesempatan pada kita.
Tetapi cinta sejati yang abadi adalah pilihan.
Pilihan yang kita lakukan.

Berbicara tentang pasangan jiwa,
Ada suatu kutipan dari film yang Mungkin sangat tepat :
"Nasib membawa kita bersama, tetapi tetap bergantung pada kita bagaimana membuat semuanya berhasi"

Pasangan jiwa bisa benar-benar ada.
Dan bahkan sangat mungkin ada seseorang Yang diciptakan hanya untukmu.

Tetapi tetap berpulang padamu
Untuk melakukan pilihan apakah engkau ingin
Melakukan sesuatu untuk mendapatkannya, atau tidak...

Kita mungkin kebetulan bertemu pasangan jiwa kita,
Tetapi mencintai dan tetap bersama pasangan jiwa kita,
Adalah pilihan yang harus kita lakukan.

Kita ada di dunia BUKAN untuk MENCARI
seseorang yang sempurna untuk dicintai TETAPI untuk
BELAJAR mencintai orang yang TIDAK sempurna
dengan CARA yang SEMPURNA




Jangan katakan "Aku cinta padamu" bila kamu tidak benar - benar peduli.

Jangan katakan "Aku sayang padamu" jika kau tidak tulus untuk menyayanginya. .

Jangan bicarakan soal perasaan-perasaan bila itu tidak benar-benar ada.

Jangan kau sentuh hidup seseorang bila kamu hanya berniat main-main dengannya..

Jangan menatap ke dalam mata bila apa yang kamu kerjakan cuma berbohong.

Hal terkejam yang bisa dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, padahal kau tidak berniat sama sekali 'tuk menerimanya' saat ia terjatuh.

Jika kau benar-benar mencintai dan menyayanginya, buktikanlah! !!!
jangan pernah untuk menyakiti orang yg kamu sayangi.
Pakailah hati dan perasaan...jujurlah,dengar
kan kata hatimu dan jangan pernah membohongi kata hati...
Jangan sampai suatu saat kamu akan menyesal telah menyia-nyiakan orang yg sebenarnya sangat tulus mencintaimu

Monday, November 23, 2009

10 jenis lelaki perlu dijauhi....

Renungkan sedikit panduan berikut untuk membantu anda mencari pasangan. Wanita perlu berhati-hati dengan 10 jenis lelaki yang disenaraikan ini:
• Lelaki yang sering berkata: "Abang memang sayang kepada sayang, tetapi abang belum bersedia untuk hubungan yang serius".

Bayangkan jika ada kaum Adam yang meluahkan kata-kata sedemikian sedangkan anda sudah menjalin hubungan lebih lima tahun dengannya.

Ini bermakna anda bukanlah orang yang diharapkannya malah barangkali, anda tidak pernah ada dalam kamus hidupnya untuk dijadikan calon suri hidupnya.

• Lelaki yang sering menghubungi atau menghantar pesanan ringkas (SMS) tanpa mengira waktu.

Dia akan mengeluarkan kata-kata manis apabila benar-benar memerlukan dan anda pula sekadar dijadikan alat untuk menghiburkan dirinya. Tetapi apabila anda memerlukannya, dia langsung tidak muncul. Beginikah lelaki yang anda harapkan sanggup bersusah senang bersama?

• Lelaki yang suka mengajak anda keluar seolah-olah teman tetapi mesra.

Anda berdua bagai merpati dua sejoli, makan malam bersama, tengok matahari terbenam di tepian pantai berdua malah ke majlis kenduri-kendara pun tidak pernah berenggang.

Sekali pandang ramai yang pasti mengatakan anda berdua pasangan paling sepadan. Namun, pada lelaki terbabit, tidak terdetik pun di ruang hatinya yang kosong itu mahukan anda mengisinya. Jadi, jangan membuang masa.

• Lelaki yang sudah ada kekasih hati, tetapi tetap mahukan anda. Ini adalah jenis lelaki yang paling banyak spesiesnya. Mereka mempunyai ramai teman wanita dan mahu memiliki seramai mungkin untuk memenuhi nafsunya.

Jika pernah terserempak dengannya bermesra dengan wanita lain, lalu siapakah anda di hatinya?

• Lelaki yang sering berfikir apa yang dilakukannya semua betul sedangkan pandangan anda semuanya salah.

Ketika menjalin hubungan dengannya, anda sering ditengking kononnya anda saja yang bersalah pada hal kesalahan itu kecil dan tidak perlu diperbesarkan.

Bagi dirinya, anda tidak berhak menegur dirinya yang dianggap serba-serbi ada kelebihan.

• Lelaki yang naif dan seolah-olah mementingkan dirinya semata-mata. Contohnya, lelaki yang tidak faham kehendak wanita walaupun anda sudah berterus terang mengenai sesuatu, tetapi dia tidak pernah ambil pusing.

Dia sering menganggap semua perkara remeh dan selalu ambil mudah mengenai sesuatu perkara.

• Lelaki yang tidak tahu kehendak sendiri. Kalau dia tidak faham kehendak sendiri, apakah anda fikir dia akan faham masalah anda apabila melayari hidup berdua kelak?

• Lelaki yang selalu mengganggu anda. Walaupun sudah diberitahu terlalu sibuk, dia tetap tidak mempedulikan keadaan anda.

Jika boleh, dia ingin berkepit sentiasa dengan anda tidak kira siang atau malam. Bahkan, anda bosan dengan deringan telefonnya yang benar-benar mengganggu ketenangan diri.

Ada masalah yang remeh pun hendak diberitahu, menghantar SMS atau menelefon anda. Lama-lama anda rimas dan lemas.

• Lelaki yang suka mengutuk lelaki lain dengan harapan anda tidak akan mendekati lelaki yang dikutuk itu.

Hakikatnya, dia seorang yang kuat cemburu dan anda di bawah pengawasannya. Padanya, lelaki lain langsung tidak boleh mendekati anda. Bolehkah anda hidup dengan lelaki yang cemburu setiap masa?

• Lelaki yang tidak dapat memberi layanan yang betul untuk seorang wanita. Lagipun anda tidak nampak ciri kepimpinan yang ada padanya apatah lagi untuk menyandarkan seluruh harapan dan hidup anda padanya.

Katakan selamat tinggal saja jika akhirnya membuat anda kecewa dan merana.

aku adalah aku

aku adalah aku
muka buku